Gabungan Bantah1050 hari ini menganjurkan protes di hadapan Parlimen, untuk menyampaikan bantahan warga pekerja terhadap kenaikan gaji minimum yang disifatkan amat sedikit.
Bantah1050 merupakan sebuah gabungan terdiri daripada Alternatif Sosialis, Kesatuan Kebangsaan Pekerja Bank (NUBE), Malaysia Muda, Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dan Parti Sosialis Malaysia (PSM).
Kira-kira 300 orang peserta gabungan berarak dari Padang Merbok, Kuala Lumpur menuju ke Bangunan Parlimen pada jam 10.30 pagi, menuntut agar gaji minimum dinaikkan kepada RM1,500 dari RM1,050.
Berlaku sedikit kekecohan apabila peserta bantahan dihalang memasuki kawasan bangunan parlimen.
Kekecohan itu bagaimanapun berjaya dileraikan selepas Menteri Sumber Manusia, M. Kula Segaran keluar untuk bertemu peserta.
Beliau kemudiannya mempelawa wakil kumpulan itu masuk untuk sesi perbincangan serta penyerahan memorandum.
"Saya mengalu-alukan kehadiran mereka dan sentiasa terbuka untuk berbincang.
"Saya terima memorandum itu dan akan cuba membawa isu itu ke Kabinet secepat mungkin," kata beliau.
Dalam pada itu, Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), J Solomon, memaklumkan mereka akan menanti kata putus kerajaan berkenaan memorandum itu.
"Kalau keputusannya masih negatif, kami tidak akan teragak-agak melakukan himpunan sekali lagi," katanya.
Kerajaan pada September lalu mengumumkan pelarasan gaji minimum RM1,050 yang akan dilaksanakan di seluruh negara bermula 1 Januari tahun depan.
Madiha Abdullah
Wed Oct 17 2018
Kula Segaran berbincang dengan peserta himpunan di bangunan Parlimen bagi membantah terhadap kenaikan gaji minumum yang rendah. - ASTRO AWANI / SHAHIR OMAR
Insiden gelora udara SIA: 131 penumpang, 12 kru tiba di Singapura melalui penerbangan gantian
131 penumpang dan 12 kru pesawat SIA SQ321 yang terlibat insiden gelora udara tiba di Singapura dengan penerbangan gantian pada 5.05 pagi Rabu.
Parti liar: Kerajaan Terengganu panggil pemilik resort
Pemilik sebuah resort persendirian akan dipanggil esok berhubung penularan beberapa keping gambar dan poster memaparkan penganjuran sebuah parti liar.
Pertukaran pemimpin mencorak pentas politik antarabangsa
Tahun 2024, adalah tahun pilihan raya di mana sekitar 50 negara melibatkan sekitar dua bilion pengundi, dan negara ASEAN tidak terkecuali. Pertukaran pemimpin ini sememangnya akan mencorak pentas politik antarabangsa.
Pengguna perlu waspada penipuan ketika beli kenderaan terpakai
Peniaga kereta import terpakai (recond) atau kereta terpakai tempatan seharusnya bersikap jujur, untuk tidak menipu pengguna tentang keadaan sebenar kenderaan.
Cristiano Ronaldo akhirnya berkongsi rancangan persaraannya
Ronaldo berkongsi pandangan tentang rancangan persaraannya, yang masih menjadi topik hangat di kalangan peminat bola sepaknya.
Peluang perkukuh kerjasama dua hala Malaysia-Jepun
Teknologi tinggi, peralihan tenaga dan alam sekitar, pertahanan, dan keselamatan serta kerjasama dalam pendidikan tinggi adalah perkara yang dijangka dibincangkan dalam persidangan tersebut.
Ireland umum iktiraf negara Palestin
Ireland dijangka akan mengumumkan ia mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara pada Rabu, langkah yang ditentang keras Israel.
Pesawat turun mendadak dalam 10 saat - Penumpang SIA
Dalam pada itu, salah sorang penumpang pesawat penerbangan Singapore Airlines (SIA) yang mengalami gelora udara kuat, menyifatkan kejadian berlaku dengan sangat pantas.
Dzafran Azmir, berusia 28 tahun memberitahu situasi bermula ketika pesawat mula berada dalam kedudukan tidak seimbang seterusnya berlaku penurunan drastik dalam masa 10 saat.
Dzafran Azmir, berusia 28 tahun memberitahu situasi bermula ketika pesawat mula berada dalam kedudukan tidak seimbang seterusnya berlaku penurunan drastik dalam masa 10 saat.
TPM, Menteri Kabinet zahir ucapan selamat Hari Wesak
Dalam pada itu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof bersama Menteri Kabinet menzahirkan ucapan Selamat Hari Wesak kepada semua penganut agama Buddha di negara ini.
Lapan cap jari ditemukan di lokasi Faisal Halim disimbah asid - KPN
Lapan cap jari ditemukan di lokasi kejadian pemain sayap sensasi Harimau Malaya dan Selangor FC Mohamad Faisal Abdul Halim disimbah asid, namun hasil analisis mendapati lima daripadanya tidak cukup sifat.
Bantah1050 serah memorandum tuntut kenaikan gaji minimum
Seramai 300 pekerja berarak menuntut agar gaji minimum dinaikkan kepada RM1,500 dari RM1,050.